Monday 29 May 2023

RESEPI COLESLOW

 RESEPI COLESLOW

Bahan-bahan: 1/4 bahagian sayur kobis, dihiris atau cincang kasar 4-5 sudu besar mayonis 2 sudu besar jus lemon 1 batang lobak merah, parut kasar 1/4 cawan susu 1 sudu besar gula putih sedikit garam sedikit serbuk lada hitam Cara Penyediaan: Di dalam mangkuk, campurkan jus lemon, mayonis, garam, gula dan susu. Kacau sebati. Kemudian masukkan kobis yang dicincang kasar dan juga parutan karot. Taburkan serbuk lada hitam dan gaulkan sehingga semua bahan sekata. Jika coleslaw masih kering tambahkan sedikit mayonis. Tetapi jangan terlalu banyak kerana nanti coleslaw bila direhatkan akan mengeluarkan sedikit air dari sayuran. Sejukkan di dalam peti ais sebelum menghidang.

RESEPI SOTO AYAM SEDAP

 RESEPI SOTO AYAM SEDAP

diolah dari pelbagai resepi


KUAH SOTO AYAM Bahan-bahan: Bahan untuk rempah tumis kuah soto: 3 biji bunga lawang 2 batang kayu manis 4 kuntum cengkih 6 biji buah pelaga 1 sudu besar jintan manis 1 sudu besar jintan putih 2 sudu serbuk sup Adabi 2 sudu serbuk kurma Adabi 1 sudu besar serbuk lada putih/lada sulah akar daun sup 1 kiub pati ayam Bahan untuk dikisar halus: 4 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 3 batang serai 1 inci halia 1 ketul kunyit hidup/serbuk kunyit Bahan untuk kuah : 1/2 senduk minyak masak 1 ekor ayam saiz sederhana kecil, potong 4 1 mangkuk santan pekat 1 jug air Bahan untuk dihidangkan soto ayam: 3-4 bungkus nasi impit, rebus sehingga masak dan potong dadu besar 500 gram taugeh, bersihkan dan potong bahagian akar bawang goreng suhun, goreng hingga garing isi ayam goreng dari sup, dicarik halus daun sup, hiris kecil daun bawang, hiris kecil cili merah, hiris nipis kacang tanah, goreng dalam minyak begedil kentang BAHAN BEGEDIL KENTANG 5-6 biji ubi kentang – buang kulit, potong kecil & goreng Bawang besar - cincang Hirisan daun sup Bawang goreng Lada sulah secukupnya Gula sedikit Garam secukup rasa Serbuk perasa 1 biji telur Sambal Kicap Soto Kak Yatie: Segenggam cili padi - digoreng 1 biji bawang besar - digoreng 5 ulas bawang putih - digoreng Bawang goreng Kicap cair Gula Garam Air limau Cara Penyediaan: Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau dan masak rempah sehingga garing. Masukkan ayam dan kacau selama 1-2 minit. Masukkan air, kiub ayam dan rebus sup sehingga mendidih seketika. Masukkan pula santan pekat dan masak sehingga ayam lembut dan empuk. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. Sejukkan dan carik isi ayam. Hidangkan dengan cara masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. Tuang kuah secukupnya. Soto harus dimakan bersama cili kicap. Cara untuk cili kicap: Goreng cili dan bawang putih di dalam minyak sehingga lembut dan angkat. Dalam pengisar, masukkan cili dan bawang putih goreng tadi dan kisar sehingga halus. Tuang ke dalam mangkuk dan perah jus limau kasturi. Kacau sebati.


Tuesday 20 September 2022

Cucuk Depo 2nd Time


Hari tu 19/09/2022 mama ambil cucuk depo untuk kali kedua.


Alhamdulillah so far okay tak sesakit yang mula-mula dulu

Actually macam ragu-ragu nak teruskan since period mama macam tak stabil.

tapi decide teruskan sebab takut termengandung cause mama belum ready nak tambah anak.




Saturday 10 September 2022

Pizza Homemade pakai Wrap je😎

Anak nak makan pizza, so sebab ada wrap lebih hari tu ngan sos spagetti
Maka terhasil la pizza homemade version tak pedas

Sy refer resepi dari channel Limau Nipis

Bahan-bahan
2keping wrap
Sos spagetti/sos tomato/bbq 
Bawang merah 
Sosej
Daging burger
Blackpepper
Whitepepper
2biji telur
Garam sikit
Cheese
Mayonaise

Cara-cara
1) Masukkan sekeping wrap dalam pan. Letak 2biji telur. Taburkan blackpepper dan pecah kan sikit kuning telur pakai garfu
2) Lepas dah masak sikit letak sekeping wrap dan flip kan yg bawah tu

3) Sambil tadi boleh siapkan inti topping. Goreng bawang merah, sosej, daging burger hingga sedikit layu. Kemudian masukkan sos spagetti, blackpepper, whitepepper dan garam sedikit.
4) Lepas flip roti wrap tadi, terus letak inti topping atas wrap dan letakkan cheese, tutupkan pizza sekejap..biarkan 5 minit dengan api slow. Dah siap boleh letak mayonaise dan boleh makan.

Tuesday 23 August 2022

Cucuk Depo Experience


Saje nak sharing pengalaman cucuk depo. 

So, since 25.06.2022 aku ambil perancang depo sebab nak control takut mengandung. 

Mama belum ready nak tambah anak. Adik Aneesa baru masuk setahun. So lepas dapat persetujuan abah, finally mama decide ambil depo dekat Klinik Siti. Memandangkan medical boleh claim and mama pun risau kalau ambil pil takut termiss out. 

So lepas cucuk, so far effect pada badan yang paling ketara adalah period. 
Bulan Julai period tu datang lama sangat for mama. Biasa 6-7 hari dah clear. Ini sampai 14hari betul-betul clear and boleh mandi wajib. Okay lah. tu one thing. The things is tiba-tiba selepas 2minggu bersih terus datang period balik. Quantity darah lak sedikit-sedikit. Pakai Pantiliner pun okay. Tak payah pakai pad kena tukar setiap 4-5 jam. So now still period and dah hari ke 7 pun. Darah still sikit-sikit. 

Hari tu ada cakap ngan abah. Dia pun terkejut lepas bersih 2minggu dah period balik. Betul tak stabilkan. So mama cakap tengok lepas 3-4 bulan macam mana. Kalau still tak stabil abah pun suruh tukar perancang. Dia pun risau cucuk depo ni effect badan mama since mama baru tahu cucuk depo ni boleh menyebabkan Osteoporosis.

So effectively, cuma ambil untuk ambil 2 tahun sahaja. lepas 2tahun kena tukar method.
and tak perlu risau kalau kesan depo ni lama pada badan. sebab ada baca 13-14minggu kesan depo still ada pada badan and mama tak boleh hamil. Kawan kata ada boleh makan ubat stabilkan hormone beli dekat farmasi. so hope okaylah kan 

Sunday 26 June 2022

Aqiqah Aairis & Aneesa

Finally terlepas hajat mama abah nak buat aqiqah anak2. Selesai dah benda yg duk tangguh aje..

Actually kita nak buat aqiqah mekah tu..murah sikit..
Tapi dah alang2 syafiq nak buat untuk syah. Ngan buat majlis kecik untuk dia ngan kak hajar sebab ritu majlis kahwin tak dan buat.. so dapat la tumpang

So mama ingat nak share ngan abah RM500×2 orang bahagian lembu.
Tapi abah kata takpe dia bayar itu..
So okay la..
Mama spend duit kat homestay sebab kita booking rumah full house noja berpantang..takde kosong.
So mama bayar homestay
Dengan doorgift popcorn sikit.


Jadilah kan..
Alhamdulillah selesai..


Monday 30 May 2022

Mula kerja di company baru😁

So since 11 May 2022 aku dah start keje kat tempat baru...what can i see banyak benefit sebab 

- sekali sabtu je kerja and tu pun half day
- masuk 8:30am balik 5pm
- pergi je jammed, balik okay before 5:30pm sampai subang.
- no punchcard. So tak rush
- boleh pakai baju apa2
- company provide makan/minum untuk office
- pastu kedai makan/bank/speedmart/stationery semua kat bawah ni je..
- parking pun provide sticker


Yg tak best 2 je
1- sebab datang awal, semua pintu kena buka sendiri
2- tiba2 tadi dorang cakap dah 2 tahun takde increment..huhu..masuk sini baru tahu


Tapi takpela..compare ngan super sini much better..
We will see how far can me stay here..

Pastu semalam dapat mesej ada online exam untuk jawatan tenaga pengajar mara. Doakan iolls berjaya la..
Mana tahu rezeki kat situ dapat stay gomen..
🥰🥰

RM0.00 MARA: Anda perlu mengambil Ujian Online Penilaian Peg.Perkhid.Pendidikan Gred DG41 pada 3 Jun 2022 (9.00 -10.00 Pagi). http://online05.mara.gov.my/macct/


Wish me luck🥰


Wednesday 22 December 2021

Happy 3rd Anniversary sayang❤

Alhamdulillah..

22 Disember 2021

Genap 3tahun usia perkahwinan kami❤

For the first time husband bagi hadiah mahal. 
Even not so big,  but i appreciate sangat effort dia.. Thanks love..

So my wish today

And his replies

Semoga segala impian mama tercapai..Aamiin❤💕

Throwback 22 Disember 2018❤

Kisah banjir 18.12.2021

Assalamualaikum..
Saje nak coretkan dekat sini kisah pahit dan duka aku as a mother of two daughters. 

18 Disember 2021

Pagi sabtu tu,  suami dah gerak ke Terengganu ada kantau,  but aku macam berat hati nak bagi..yela,  sebab minggu sebelum tu dia dah kantau kt Kelantan,  minggu ni nak pergi lagi..lg satu sebab tengah musim hujan..dia nak pergi gak..hurmm..ok la..bagi ke tak dia pergi gak...sebab nk cari duit katanya..

So,  pagi tu, uruskan anak2 macam biasa..pastu gi kerja..pukul 2 camtu pengasuh cakap kawasan nak masuk rumah dia banjir..tak tenang dah hati..dia cakap balik la awal amik anak2 takut nanti tak lepas nk lalu..ok la. 3:30 camtu dah minta kebenaran Jack nak balik. Along the way tu hujan dah lebat..pastu pengasuh ckp banjir dah tinggi kt luar,  tak lepas dah nk lalu..then i park car dekat petronas,  tapau mcd.. Baru nk lunch yop
Pastu dah tunggu sampai dekat 4 lebih..drive balik lalu subang perdana nk masuk kampung melayu subang tu dia block xleh masuk sebab banjir,  suruh pusing balik. Keluar balik masuk subang perdana,  but stuck banjir,  kereta banyak sgt sebab jalan subang airport dah banjir.
Stuck sini..depan tu jem kereta banyak exit subang perdana sebab banjir,  then aku cuba exit jalan lain,  masuk subang perdana balik,  pergi jalan masuk yg kena block tu,  cakap nak tunggu banjir surut nak ambil anak2. Dia bagi tunggu kt padang 

Then,  budak jaga tu takde and kereta banyak masuk,  aku expect boleh lalu dah,  tapi sampai depan tu dia suruh exit pasar tani,  masuk highway then subg permai. Gila apa aku nk redah jem,  aku takut aku pusing  but still tak boleh lalu.. Then aku parking dekat pasar tani depan masjid. Aku tunggu dan menunggu,  call ayah. 

Pastu gerak balik ke jalan tadi,  but still tak boleh lalu,  aku tapau air kotak sambil tunggu dalam kereta,  hari makin gelap,  aku expect nak redah,  but still dorang block. Then aku drive parking kat padang balik. And aku menangis weiii..aku rasa aku gagal ambil anak2 aku,  aku risau aneesa tak cukup susu. 
Selama ni aku nak me time konon,  tapi Allah bagi cara camni..aku rasa helpless,  alone..menangis sendirian. Then aku nekad nk amik anak2 aku. Aku tengok ada kereta dtg dari situ. Depan aku 4×4. Aku follow rapat. Ya..Allah bantu aku weiii..Allah buka jalan untuk aku.. Aku follow je hilux tu slow2.. Even aku rasa actually air tu dah paras sebiji tayar aku and tenggelam..aku zikir & tawakal..Allahuakhbar.. Aku dapat amik anak2 aku..
Sampai rumah dah pukul 8. Anak2 pun elok je perangai malam tu..macam tahu mama dorang penat...Aairis tido sendiri..aneesa tak meragam sgt..Alhamdullilah❤