Friday, 26 March 2021

LIFE UPDATE 27.03.2021

Assalamualaikum..
Today macam rajin sikit nak tulis kisah hidup terkini...

Alhamdulillah, my baby aka adik aairis dah dekat 20weeks on 30 March 2021 ni..
Now, dia dah actively move. Boleh rasa dia bergerak dan duk sedu-sedu dalam perut. And mama so happy with that. Semoga anak mama membesar dengan sihat ye dik.

For now,i'm just follow the flow. Weii...sape je tak nak life yang lebih baik. Semua orang nak ok. Orang asyik tanya aku bila nak ada rumah. Bila nak beli rumahlah. Aduhai....why people so busy about my life. I memanglah nak beli rumah, tapi tak rasa nak beli rumah kat Kota Damansara @ Sungai Buloh @ Subang, sebabnya kalau boleh nak yang landed. Bukan apa, with RM300K here only can get apartment house, even ada lift pon kan, still bila nak perangkut barang kena more that 10x kalau pindah, tambah ada anak ni kan, banyak benda nak angkut. Kesian kat hubby. So takpelah. Doa yang baik-baik moga murah rezeki dan boleh beli rumah landed.

Siapa je taknak beli rumah sendiri. Semua orang nak. Cuma not for now, COMMITMENT tengah tinggi, end of this year nak bayar babysitter je dah RM900 tow. Belum kira pampers dan susu. Alhamdulillah, Aairis fully breastfeed sampai dia setahun seminggu. Bila mama dia confirm pregnant baru susu drop kaw-kaw. Tu pun mama ajar Aairis minum susu yang mama affordable. Aairis minum Dupro je okay, which is around RM25.00/900gm okay. Aairis pun ngempeng time malam nak tido jer. Susu badan still ada just tak banyak and meriah macam dulu. Cuma kat pampers je since aairis baby till now pakai Drypers walau orang kata Petpet more cheaper. 

Me with my husband, dah divide kitorang punya monthly commitment.
Me:
1. Car Loan
2. Babysitter (half-half)
3. Baby Insurance
4. Ptptn Loan

Husband: 
1. House Rent
2. Babysitter (half-half)
3. Bill & Utilities
4. House's Expenses (Makan and others)

For Aairis's Expenses macam susu and pampers, kita share-share je.. Either me or him,lumpsum around RM300-RM400 per months.

So,kat situ pun banyak benda nak bayar wei. 

Nasib baiklah ada duit commision and bonus lepas lah untuk Service kereta and Insurance Kereta (Bezza & Kancil). Nasib baik beli Perodua je wei. Even masa tu rasa macam mampu pakai Honda City, tapi masa tu time lom ada anak and nasib baik tak angkat.. hahaha...

Alhamdulillah...we all still cukup makan pakai. Still ada saving and also tak pernah lagi meminta orang. So, doakan iolls dan suami sentiasa dimurahkan rezeki ya. Doakan semoga Allah permudahkan urusan keluarga kami. Aamiin..
 

Wednesday, 24 March 2021

Detect Kencing manis on 2nd pregnancy 😱😱😱

Allahu..dugaan la pulak untuk anak kedua mama...

Good news is baby A kerap dah bergerak dalam perut mama dia...Alhamdulillah..tu petanda anak mama sihat dan active..

But..bad news dia..mama sangkut kencing manis lak..last week kan kena minum air gula since ayah ada kencing manis..so semalam dapat call dari klinik yang iolls pon ada sikit..bacaan dalam 8.2mmol/L +-. Lupa lak...

So kena refer sini la...

Bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung bergantung kepada sama ada ketika dia berpuasa atau selepas makan. Berikut merupakan Garis Panduan Klinikal yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:

Sebelum makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 5.3 mmol/L
1 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 7.8 mmol/L
2 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 6.4 mmol/L

So, sebab result camni..dah jadi kes lak..kena follow up doctor sampai bersalin..tak boleh bersalin overdue. Bahaya untuk mama dan baby..

I put blame on myself coz before check up, aku gatai duk minum air milo sampai 1 jug gara2 gue teringin... Aduhai...tu la..mendapat la..

So survey la kat officemate , tanya2 dorang nak beli machine utk check BSP tu.. 
So officemate suggest ni
Nak kena beli la nampaknya..kalau tak berulang alik klinik..

So this time nurse dah remind
6/4/2021 ~ Start follow up untuk kencing manis
5/4/2021 ~ Mula puasa start 10mlm

6/4 tu kena datang klinik
8.00am - Ambil darah 1️⃣

Lepas tu makan sarapan (bawa sarapan dari rumah)

Lepas 2jam puasa 

10.00am - Ambil darah 2️⃣

2.00pm - Ambil Darah 3️⃣

8.00pm - Ambil Darah 4️⃣

7/4/2021 Check up nurse & jumpa doktor


Doakan urusan mama kali ini dipermudahkan ya..
Aamiin

Aairis fever ~demam tukar bulan~

Date 18/03/2021 , (khamis)

Kesian anak mama selsema and demam sikit. Ingat pergi klinik nak lah buat sedut gas tu..tapi ubat tu lak tak de..

So just dapat ubat demam sebab suhu 37.7° dengan selsema...

Tapi tu la...aairis cuma makan ubat sikit2 je.. pandai muntahkan balik ubat dia..

So malam memang mama tido tak lena..since abah dia pun kena kerja malam seminggu, so mama asyik la terjaga untuk lap hidung dia dengan sapu air gamat...

Tapi..walau anak mama tak sihat sikit..

Aairis tetap aktif main..Alhamdulillah❤️

Monday, 15 March 2021

Check up adik aairis 4Months❤️

Last week, date 10/03/2021 kena datang KKIA untuk check up 4months. Sepatutnya kena 02/03/2021 hari tu. Tapi sebab Jack +ve covid and we all yg direct contact dia dengan anak perempuan dia semua kena buat test.

So bila pagi tu, i datang klinik, i kena halau balik sebab mereka cakap even negative, i still kena kuarantin diri.

So isnin next week tu, aku MC sebab sakit pinggang ya amat.. so pergi klinik jap pagi amik appointment baru..then nurse kata sebab aku check up dah lambat and takut drag lama rabu tu juga kena datang check up & minum air gula(sebab ayah kencing manis kan)

So here the result check up.

Surprisingly, berat aku naik kaw2  within 5weeks after last check up. Berat dari 55kg naik ke 60.5kg. Means naik 5.5 kg. Aku sampai 3kali timbang tak percaya..

So nurse pun pesan suruh control makan, jangan makan berat before sleep.

Jenuh la duk fikir apa punca berat naik banyak sgt.. nak kata aku makan banyak tak de la..rasa sebab makan manis ngan makan nasi sebelum tido kot. Yela..alahan kali ni cepat habis..belum cukup 12weeks dah habis..Alhamdulillah mudah sikit..pastu kalau dulu exercise gak naik tangga sampai tingkat 5. Skrg takde dah...so might be that the reason. 

So start that day kena try control makan nasi.. 
Malam tak makan nasi.
Cari selain nasi..
Biskut ke, buah ke..

Hope all is well sebab takut juga berat naik banyak ni tanda eklampsia @ sawan mengandung..tapi ada la beberapa tanda lain la. biasa kena alert bila berlaku pre-eklampsia. macam 
  • Sakit kepala atau migrain
  • Pening
  • Loya
  • Sakit ulu hati/ gastrik
  • Kabur mata
  • Muntah
  • Berlaku kenaikan bacaan tekanan darah, 
  • kenaikan berat badan 
  • dan keputusan air kencing menunjukkan adanya protein ketika pemeriksaan kehamilan

Ni kesan bahaya dia yg katanya berpunca daripada bayi dan uri dalam kandungan:
  1. Pendarahan di otak / strok
  2. Pendarahan yang tidak berhenti/ DIVC
  3. Pendarahan di hati dan ginjal
  4. Masalah paru-paru berair
  5. Masalah jantung / “heart failure”
  6. Koma
  7. Meninggal dunia

Doakan pregnancy kali ni baik-baik sahaja ya. Aamiin


So far, hb okay lah masih dalam rate dia iaitu 11.9. Aku pun dah try consume Pati Delima Gulsan sebab nk kawan HB. 
Semoga Allah permudahakan urusan mengandung kali  ni. Semoga anak mama membesar dengan sihat dan sempurna walaupun mama banyak sangat bergerak dan aktif.