Tuesday, 23 August 2022

Cucuk Depo Experience


Saje nak sharing pengalaman cucuk depo. 

So, since 25.06.2022 aku ambil perancang depo sebab nak control takut mengandung. 

Mama belum ready nak tambah anak. Adik Aneesa baru masuk setahun. So lepas dapat persetujuan abah, finally mama decide ambil depo dekat Klinik Siti. Memandangkan medical boleh claim and mama pun risau kalau ambil pil takut termiss out. 

So lepas cucuk, so far effect pada badan yang paling ketara adalah period. 
Bulan Julai period tu datang lama sangat for mama. Biasa 6-7 hari dah clear. Ini sampai 14hari betul-betul clear and boleh mandi wajib. Okay lah. tu one thing. The things is tiba-tiba selepas 2minggu bersih terus datang period balik. Quantity darah lak sedikit-sedikit. Pakai Pantiliner pun okay. Tak payah pakai pad kena tukar setiap 4-5 jam. So now still period and dah hari ke 7 pun. Darah still sikit-sikit. 

Hari tu ada cakap ngan abah. Dia pun terkejut lepas bersih 2minggu dah period balik. Betul tak stabilkan. So mama cakap tengok lepas 3-4 bulan macam mana. Kalau still tak stabil abah pun suruh tukar perancang. Dia pun risau cucuk depo ni effect badan mama since mama baru tahu cucuk depo ni boleh menyebabkan Osteoporosis.

So effectively, cuma ambil untuk ambil 2 tahun sahaja. lepas 2tahun kena tukar method.
and tak perlu risau kalau kesan depo ni lama pada badan. sebab ada baca 13-14minggu kesan depo still ada pada badan and mama tak boleh hamil. Kawan kata ada boleh makan ubat stabilkan hormone beli dekat farmasi. so hope okaylah kan