18th July 2021, Sunday
Alhamdulillah, settle dah 2nd dose Vaccine..
Semoga diri ini sentiasa dilindungi dari virus Covid19 ni..
Simpan untuk kenangan...mana tahu nanti boleh cerita kat anak2..
Masa adik dalam perut mama amik vaccine untuk kita semua..
Alhamdulillah suami dah 1st dose..nanti 4 Ogos lak 2nd dose dia..harap lepas tu dapatlah kami pulang ke Melaka untuk bersalinkan adik dan berpantang kat sana..itu pun kalau mama tak dipanggil masuk kerja lagi..
Happy muka eh..
But..hari ni dapat sad news. Bg kamal positive covid.
Actually semalam dia nya result RTK dah keluar positive..
Pastu dia buat PCR. Dah pesan kat kak ipar semalam kena bawa anak2 swab test..sebab bg kamal nya RTK tu dah positive..tapi dia degil..nak tunggu result PCR hari ni...
Bukan apa..since anak2 dia semua ada asma..dia pun ada asma..so dia kena ambil extra precaution..tapi degil..
Ni dengar salah sorang anak dia demam suhu tinggi 40° ngan kena sawan..dia dah mental breakdown dah..
Allahuakhbar..semoga Allah titipkan kekuatan pada dia nak hadapi semua ni..
Sudahlah suami tengah kuarantin..dia kena hadap sorang..
Sorang lagi anak lak dah start selsema..kesian dia..
Allahuakhbar..semoga sentiasa dilindungi..
Semoga abang dan keluarga dia kuat jalani ujian ni..
Kami mampu doakan dan bagi sokongan dari jauh je...
ππππ