Thursday, 30 April 2020

Resepi buah Melaka @ onde2

Diolah dari resepi che nom

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 5 helai daun pandan (diblender bersama 1 cawan air dan ditapis)
  • Gula melaka di potong kiub kecil
  • Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)

Cara-cara

  1. Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
  2. Air pandan dituang ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
  3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
  4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
  5. Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.
Boleh dapat lebih kurang 25biji sekali adunan.

Tuesday, 28 April 2020

Pizza Homemade first attempt

Semalam first attempt buat pizza...
Ami buat sebab ada lebihan sos spageti half tin kat dalam fridge lebihan buat pizza roti hari tu..

So, ami pun belajar kat utube cara membuat doh pizza..

Actually boleh tahan rumit nak buat..sebab ami kena adjust banyak kali tepung..

Puncanya, sebab ami silap tengok resepi kat utube..
Sepatutnya kena half cup air suam, tapi pi letak air suam.
So banyak kali la nak bagi tambah tepung..
Tapi tak pe..janji menjadi juga la...
So here is the recipe of pizza


Bahan-bahan

1/2 cawan air suam*
1 sudu yis (1/2 dari pek yis)*
1 sudu gula*
Campurkan bahan * biarkan dalam 10-15 minit bagi yis kembang. Kalau kembang tu cantik dah.

2 cawan tepung gandum
2 sudu mentega
1 sk garam
Minyak masak

Cara-cara
1) Gaulkan tepung gandum, mentega dan garam hingga sebati.
2) Kemudian masukkan air yis tadi. Gaul sebati menggunakan tangan. Boleh tambah tepung kalau adunan lembik sikit. Bagi nice je adunan doh. Tambahkan minyak masak kalau taknak doh melekat. Uli sampai doh tak melekat kat tangan
3) Rehatkan doh dalam bekas lain. Sapu minyak dulu dalam bekas tu, letak doh, doh tu pun sapukan minyak di sekeliling permukaandna tutup dengan dulang @ tuala basah. Biarkan 30 minit sampai doh kembang 2x ganda dari saiz asal. 
4) Kemudian, uli balik doh tu sekejap dan bagi 2 bahagian. Tabur tepung atas dulang. Lenyekkan adunan doh menggunakan penggelek tepung. Jadikan dia bulat dan cucuk-cucuk permukaan doh dengan garfu untuk buang angin dalam doh dan sapu minyak lagi supaya doh kita lembab.
5) Pastu letak la topping apa yang nak, macam ami letak sos spageti, bawang holland, carrot, cheddar cheese, sosej, sos blackpaper, serbuk blackpaper. 
6) Bakar selama 20-25 minit 180°. Rajin tengok..jangan doh kita hangit kat bawah, takut keras nanti.

Monday, 27 April 2020

Roti John Homemade superb (recipe by khairulaming)

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 4 Ramadhan..
Kejap je kan..

So memandangkan bazar takde..
Husband pulak nak makan Roti John..
Maka terjumpa di IG Khairulaming buat Roti John..
Alhamdulillah dah buat...menjadi..
Berbuka pekena 2 biji kenyang sampai malam..
Sampaikan nasi pon langsung tak berusik..
So buat sahur je la kan...
🤭🤭
buat sendiri sangat puas hati..isi banyak..

Ok..ni resepi dia..
Yang ni aku olah sebab tak ada daging cincang kan..so pakai daging burger ayam je..

Bahan-bahan
3 keping daging burger
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
4 biji bawang putih (dicincang halus)
4 sudu serbuk kari (dicampur air)
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
4 biji telur
Garam sedikit
1 sudu gula
6 ketul roti john
Mentega
Timun (dihiris)
Tomato (dihiris)
Kubis (dihiris)
Sos blackpaper
Sos cili
Mayonis

Cara
1) Tumiskan bawang holland dan bawang putih hingga layu. Kemudian masukkan air bancuhan serbuk kari tadi. Masak sehingga pecah minyak. 
2) Kemudian masukkan jintan manis dan jintan putih. Kacau sekejap dan masukkan daging burger yang dicincang halus. Tambahkan air sehingga daging tadi tenggelam. Masak sehingga empuk. Perasakan garam dan gula. Dah masak asing tepi.
3) Pecahkan telur tadi..kacau sekejap bagi sebati dan boleh masukkan daging kita tadi dalam telur
4) Roti disapu mentega. Kemudian panaskan kuali yang tak melekat. Panaskan sekejap roti. Keluarkan. Kemudian masukkan sedikit acuan telur dan daging tadi..agak2 sebesar roti john..biarkan sekejap sampai telur masak. Letakkan roti. Biar lagi 1 minit dan angkat.
5) Akhir sekali, bolehlah hiaskan dengan timun, tomato dan kobis bersama sos dan mayonis..lipatkan roti john tadi..sedia untuk dimakan.

Saturday, 25 April 2020

Prawn Buttermilk with floss so sheedaaap

Buttermilk Prawn with floss
Diambil dari blog Azie Kitchen



Sarang Telur:
Bahan-bahan

2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Cara-cara
1) Pukul ringan kuning telur. 
2) Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
3) Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 
4) Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 

 

Udang buttermilk

Bahan-bahan

24 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
4 tangkai cili padi (dihiris halus)
2 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
1 sudu margerin - untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa
1 sudu gula

Cara-cara
1) Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. 
2) Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
3) Panaskan margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 
4) Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa


Hidangkan

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann

Friday, 24 April 2020

Resepi Cucur Manis ranggup di luar lembut di dalam

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air mendidih
3 sudu besar gula
Secubit garam

Cara-cara
1) Gaul tepung gandum bersama gula dan garam
2) Masukkan air mendidih dan kacau dengan menggunakan senduk
3) Apabila doh sudah sejuk, sapu minyak pada tangan dan uli bulat2 ikut saiz yg kita mahu
4) Kemudian gorengkan dalam minyak panas dan api perlahan. Balik-balikkan dan sedia untuk dihidang.

Wednesday, 22 April 2020

Broccoli Masak Sos Tiram

Broccoli Masak Sos Tiram

Bahan-bahan
Broccoli secukupnya (dibasuh dan direndam air garam)
4 batang putik jagung (dihiris kasar)
1/4 batang carrot (dihiris)
1/4 bawang besar (dihiris)
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu sos ikan
1 sudu kecil blackpaper
Garam 
Gula
Sedikit Serbuk perasa

Cara-cara
1) Gorengkan bawang besar sehingga layu. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sos ikan, garam dan gula dan tambahkan sedikit air
2) Masukkan carrot dan putik jagung. Apabila mendidih masukkan broccoli dan taburkan blackpaper.
3) Biarkan selama lebih kurang 5 minit , kacau2 dan padam api. Jangan lama-lama supaya broccoli tak kecur dan kekal ranggup.

Daging masak Blackpaper pedas menyengat

Daging Masak Black Pepper 

Bahan bahan:
300 gram daging 
3 sudu besar sos lada hitam (diperap)
1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
Garam
1/2 biji bawang besar Holland (dihiris)
1 biji buah tomato (dibelah 4)
1 biji kentang (dipotong wedges)
1/4 biji carrot (dipotong wedges)
4 biji cili padi  (dihiris)
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu air limau
Sedikit garam
Gula

Bahan tumbuk kasar:
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
1) Perap daging dengan sos lada hitam dalam 30minit. Lagi lama..lagi sedap
2) Tumiskan bawang dan halia yg ditumbuk kasar hingga naik bau. Masukkan lada hitam. 
3) Kemudian, masukkan daging yang diperap tadi dan tambahkan air. Sambil tunggu daging lembut, boleh masukkan kentang dan carrot.
4) Apabila sudah empuk, masukkan cili padi, sos cili, sos tiram, dan air limau. Kacau rata dan masukkan air jagung tadi dan perasakan dengan garam dan gula
5) Apabila mendidih, padamkan api boleh masukkan tomato dan bawang holland..

Monday, 20 April 2020

Roti jala sedap tralala

Hari ni boleh terbau lak jiran buat kari macam kari kuah jala..perh...terus iolls teringin..so suruh hubby beli acuannya..

Malam kami laki bini menjala..
🤭🤭

nampak menarik tak...huhu..

Resepi Roti Jalan Tralalala

Bahan-bahan

Roti Jala
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air 
2 sudu minyak masak
1 biji telur
2 sudu santan pekat
1 sudu garam
Sedikit serbuk kunyit (pewarna)

Semua bahan di atas boleh la di blendkan..bagi sebati..

Kuah kari
3 biji kentang (dipotong dadu)
3 ketul Ayam isi (dipotong dadu)
1 biji bawang merah (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
2 tangkau Daun kari
2 sudu cili kisar
3 sudu serbuk kari dikacau bersama air
1 kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji pelaga
1/2 sudu Asam jawa
1/2 sudu Air limau 
1kotak kecil santan

Cara-cara
1) Tumiskan bawang merah, bawang putih dan rempah 3 sekawan. Bila sudah layu, masukkan daun kari dan kacau sebati dan masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
2) Kemudian masukkan  air serbuk kari tadi, masakkan hingga garing dan masukkan ayam dan kentang masak sehingga empuk. Tambahkan air supaya ayam lembut
3) Bila ayam dan kentang dah empuk, masukkan air asam jawa..Kacau rata
4) Akhir sekali masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula..sedia untuk dihidang.

Sunday, 19 April 2020

Resepi kek coklat padat dan gebu


Bahan-bahan

2 biji telur (Gred B)
2 cawan gula castor (kurangkan gula kalau taknak manis)
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan air suam + 3 sudu nescafe @ 1 cawan susu pekat

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula kastor hingga kembang
2. Ayak tepung gandum,serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder
3. Pukul susu cair, minyak dan esen vanila dalam bekas lain
4. Kemudian, selang seli masukkan step 1,2,3 dan air suam yang dicampur nescafe
5. Kacau dan kukus/bakar sejam

Topping: (double boiling)
1/4 cawan minyak masak
1/4 tin susu pekat
1/2 cawan koko

@ kalau pekat boleh tambah sedikit air panas 

Kacau2 atas api perlahan dah curahkan ke atas kek kukus yang sudah sejuk 



Siakap Sweet Sour cara saya

Hah..nampak enak tak???..ehek..
Ini la siakap sweet sour..
Dan snap gambar ni je..
Ikan dimandikan dengan kuah boleh lupa lak nak snap..sebab dah kelaparan sangat kan..

So..ini cara saya masak sweet sour..

Bahan-bahan
Siakap saiz sederhana (lagi manis)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
Seinci Halia (dihiris)
1/2 batang timun (dipotong dadu)
1/2 batang carrot (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 bawang holland (dihiris)
3 helai daun limau purut (dikoyak)
2 batang serai (dihiris)
3 biji cili padi (dicincang)
3 sudu cili kisar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
Air limau
3 sudu gula
Garam


Cara-cara
1) Ikan siakap digoreng garing bersama kunyit dan garam
2) Panaskan minyak, dah tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan serai sehingga naik bau. Kemudian boleh masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. 
3) Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan dan sos tiram dan sedikit air. Kacau2 sebati dan masukkan air limau dan gula garam. 
4) Apabila sudah mendidih, masukkan carrot, timun, tomato, cili padi dan daun limau.
5) Kacau sebati, apabila mendidih boleh padamkan api. Nak makan boleh curahkan kuah atas ikan..makan panas2.

Aairis 5 months (17.04.2020)


Alhamdulillah..
17.04.2020 anak mama dah genap 5 bulan..kejapnya...
Aairis pon dah makin bijak...
Banyak akal..
Sekarang nak orang pegang je..
Nak duduk macam orang besar..

21.04.2020 ni nak kena inject 5 bulan..
Semoga Allah permudahkan..
Aamiin

Aairis Lactation Journey (Part 3)

Alkisahnya...

Almost 2 weeks jugalah Aairis tak mahu menyusu payudara sebelah kiri..
Mama puas dah paksa..
Dah try style macam2...dia masih tak mahu..
Mama tak nak payudara jadi tak stabil sebelah besar sebelah kecil sikit..
Sekarang sebelah kiri kena pam, sebab taknak susu drop..salah mama..dah pernah terniat nak skip pam..
Siap dekat 9 jam baru pam..
Sekarang nak mantain 5jam sekali pam..

Dah google, dah tanya kat channel penyusuan pasal ni..dorang suruh paksa bagi time tido, baby masih mamai..cuba bagi kiri
Tapi macam mana...
Risau dia merengek..
Ni duk paksa pon boleh merengek nangis sampai keluar air mata..
Hurmmm..semoga Allah permudahkanlah..

Mama nak menyusukan aairis sampai 2 tahun..semoga Allah permudahkan la..
Ye..mindset kena betul..
Kalau kita nak..banyak pujuk anak..
In Shaa Allah, Allah permudahkan..

Friday, 17 April 2020

Sambal ayam penyet pedas dan sedap


Bahan-bahan
10 biji cili merah besar (dipotong kecil)
15 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
5 biji bawang merah (size 50sen)
3 biji bawang putih
2 inci belacan
5 biji tomato

3 sudu gula merah
2 sudu gula
Garam secukupnya
Air limau 3 sudu

Cara-cara
1) Goreng bawang dan cili sehingga layu. Kemudian gorengkan tomato sehingga layu. Bair sejuk seketika dan blendkan kasar bersama belacan dan sedikit air.
2) Tumiskan bahan2 tadi ke dalam kulai minyak panas dan api perlahan.
3) Bila sudah pecah minyak boleh masukkan gula merah, gula, garam dan air limau.
4) Saya tambahkan sedikit secukup rasa bila dah pecah minyak. Boleh dihidang.

Resepi sambal goreng kentang tempe ranggup dan pedas

Sambal Kentang Tempe

Bahan bahan:
3 biji ubi kentang (dihiris halus)
2 Pek tempe (dihiris)
2 biji bawang besar - biar bawang lebih
3 sudu besar cili kisar 
Garam 
Secubit gula  
Cukup rasa
Asam jawa

Cara cara:
1) Gorengkan kentang dan tempe hingga garing.

2) Buang sedikit minyak lebihan goreng dan tumis bawang sehingga masak, baru masuk cili
Tumis dengan api perlahan sehingga cili garing, masak dan pecah minyak. Masukkan asam jawa dan sedikit air. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.

3) Bila sambal terbit minyak, bolehlah ditutup api. Setelah sambal betul betul sejuk, baru dimasuk ubi kentang dan ikan tempe yang digoreng. Kacau rata. Sedia untuk dinikmati.

Thursday, 16 April 2020

Resepi donut gebu gebas segebu cintaku padamu

Bahan-bahan

Air suam kuku 1/2 cawan
Gula 2 sudu
Yis 2 sudu (11grm)
*kacau2 n biar dy kembang

Tepung gandum 2 cawan
Marjerin 2 sudu
Susu pekat 2 sudu
Air dlm 150ml (agak2 je letak sikit2)
*Klw ada tepung roti bole letak sikit tapi i tak letak pon..

Cara-cara

1) Bahan2 ni bancuh pakai air yis uli dalam 20min sampai jadi doh
2) Lepas tu biarkan dalam 30 min.. Tutup pakai kain lembab atau dulang
3) Bila doh tu dah kembang 2x ganda tekan2 keluar angin sikit.. uli balik sekejap..Dah boleh dibentuk.
4) Lepas dibentuk biar sekejap dia kembang balik.. Slow2 goreng dgn api perlahan dan bila sejuk boleh tabur dengan gula icing @ gula castor

Sunday, 12 April 2020

Resepi Buttermilk Chicken so yummy

RESEPI BUTTERMILK CHICKEN

Chicken buttermilk jadi pekat macam ni..tapi sedap gila😉

BAHAN - BAHAN
4 ketul ayam bahagian isi
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
4 biji cili padi (potong halus)
3 sudu besar butter
2 tangkai daun kari
1 sudu gula
Garam sedikit

Bahan-bahan untuk goreng ayam:
1 sudu besar serbuk kari
Tepung bestari secukupnya

CARA MENYEDIAKAN AYAM
1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
2. Masukkan tepung dan serbuk kari. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama lebih kurang 30 minit.
3. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.


CARA - CARA 
1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan susu cair dan bawang besar. 
3. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
4. Masak sehingga kuah sedikit pekat. 
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.


Friday, 10 April 2020

Resepi ayam masak kicap semudah ABC

Inilah hasil ayam masak kicap tadi, suami memang suka berkuah. Ayam mana? Ada tu..ditimbusi kentang, tomato dan bawang..
🤭🤭

Bahan-bahan
1/2 ekor Ayam (digoreng bersama kunyit,garam)
1 biji kentang (digoreng)
1 biji tomato
1 biji bawang besar (potong bulat)
2 biji bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dihiris)
3 biji cili padi dibelah tengah
2 sudu Kicap pekat
2 sudu Kicap manis
1 sudu madu
Air secukupnya
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
2 sudu cili kering

Cara-cara
1) Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan halia, masak hingga layu. Kemudian masukkan cili kering dan masak sehingga garing. 
2) Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap pekat. Masukkan sedikit air. Perasakan dengan garam dan maggi cukup rasa.
3) Seterusnya, masukkan ayam dan kicap manis  serta madu tadi. Kacau hingga sebati.
4) Akhir sekali, masukkan cili padi, kentang, tomato dan bawang besar. Sedia untuk dihidang.

Thursday, 9 April 2020

Resepi Siakap stim limau (dah rasa sekali gerenti nak repeat punya)

Ikan siakap dah almost seminggu dalam fridge. So, semalam baru la berkesempatan memasak Siakap Stim Limau. Tapi iolls pakai lemon dan saya tak kukuskan, cuma masak atas pan biasa sahaja

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap sedang (dibersihkan/dikelar)
2 batg serai (ditumbuk/dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
Daun limau (dicarik)
3biji cili padi
Daun ketumbar dicincang halus
Air perahan limau 
2 sudu sos ikan
1biji kiub pati ayam dikacau dengan air suam
Sedikit Garam
1 sudu Gula

Cara-cara
1) Masukkan ikan dalam pan, sumbatkan ikan dengan halia, daun limau, bawang putih dan serai tadi.
2) Kemudian campurkan air perahan limau bersama cili padi serta perasakan dengan garam dan gula. Kacau sehingga larut dan masukkan daun ketumbar. Masukkan sos ikan tadi dan kacau sebati.
3) Masukkan air bancuhan kiub pati ayam ke dalam pan tadi dan masak dengan api perlahan lebih kurang 6 minit. Jangan lupa tutup pan itu supaya sekata ikan tu masak
4) Apabila sudah mereneh, masukkan air limau tadi dan biarkan sehingga masak dan sedia untuk dihidang.

Resepi Begedil gerenti sedap dan terbaik

Bahan-bahan
3 biji kentang (dipotong wedges)
2 keping daging burger 
1/2 biji bawang merah dihiris dadu
3 biji cili padi dihiris halus
Garam
Serbuk lada sulah
Daun sup dihiris halus
3 sudu bawang goreng
2 biji telur

Cara-cara
1) Goreng kentang sehingga masak dan kekuningan. Toskan minyaknya
2) Daging burger digoreng dan jangan sampai garing. Toskan minyak.
3) Lecekkan kentang dan daging tadi sehingga hancur. 
4) Kemudian, masukkan bawang hiris, cili padi, daun sup dan bawang goreng. Gaul sebati dan perasakan dengan garam sedikit dan lada sulah. Bentukkan seperti begedil.
5) Telur dipecahkkan dan dimasukkan garam sedikit. 
6) Celurkan begedil dalam telur dan goreng dengan minyak panas. Apabila sudah kekuningan boleh toskan dan sedia dimakan.
Zoom pada begedil ok.. oh ye..boleh dapat dalam 12keping. 

Monday, 6 April 2020

Resepi Gulai Ayam kelantan style.. manis pada kuahnya

Suami request nak makan gulai ayam.. so iolls pon struggle google resepi. Dia nak ayam betul2 lembut yang direbus lama.


Bahan-bahan
Ayam yg sudah direbus lembut
Santan kotak
Rempah 3 sekawan
Air secukupnya
3 ulas bawang kecil dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 ini halia dihiris
3 sudu serbuk kari daging dikacau bersama air
1 kpg asam keping
Gula
Garam

Cara-cara
1) Tumiskan rempah 3 sekawan bersama bahan-bahan yang sudah dihiris sehingga kekuningan dan naik bau. 
2) Seterusnya masukkan kari tadi. Masakkan sehingga garing dan pecah minyak. 
3) Masukkan ayam dan tambahkan air. Boleh masukkan kentang jika mahu. 
4) Setelah sebati, boleh masukkan santan pekat, dan sesuaikan ikut pekat kuah yang kita mahu. Boleh tambah air jika mahu dan perasakan dengan garam, gula dan asam keping.
5) Masak sehingga gulai kita pecah minyak.

Nasi lemak dan sambal nasi lemak superb kaw

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan bahan:
3 senduk cili kisar
1 mangkuk ikan bilis (digoreng garing)
1 biji bawang besar - hiris
3 sudu besar gula pasir
4 gula merah/gula Melaka
Garam
Air asam jawa

Bahan kisar:
1 biji bawang besar 
3 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia 
1 inci belacan bakar

Cara-cara:
1) Panaskan minyak secukupnya. Masukkan bahan kisar dan kacau rata sehingga naik bau dan kekuningan. 

2) Masukkan cili kisar, bersama garam dan gula merah. Perlahankan api dan terus dikacau dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. 
(Ianya memakan masa agak lama. Jika minyak kurang, bolehlah ditambah ketika menumis. Macam mana nak tahu kalau ianya telah garing? Minyak tumisan akan mula berbuih sedikit. Itu tanda dah garing)

3) Setelah bahan tumisan garing, masukkan gula dan kacau rata. Tambahkan air jika perlu.

4) Seterusnya, masukkan air asam jawa/asam keping dan kacau rata.

5) Masukkab bawang merah tadi dan ikan bilis. Boleh mesrakan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Boleh juga tambah ajinomoto jika mahu. Sambal ni kalau manis lagi superb.Kacau rata sehingga sambal masak dan mesra.

Nasi lemak
Bahan-bahan
3 cawan beras dicuci
3 cawan air biasa
1/2 cawan santan kotak
1 inci halia dihiris halus
3 helai daun pandan
Garam 

Cara-cara 
Masukkan semua dalam periuk dan dikacau rata. Biar sehingga masak. Jika perlu tambah air boleh tambah air.

Saturday, 4 April 2020

Resepi Samosa Ayam Ranggup dan sedap

Bahan-bahan
2 pcs daging burger
2 biji Kentang
Daun kari
1 biji Bawang besar 
2 biji bawang putih
Garam
Gula
Air
Serbuk kari
Tepung gandum (campur air)
15pcs Kulit popia (kerat 2 dan cantum)

Cara-cara
1) Tumiskan bawang putih, dah naik bau masukkan daun kari. 
2) Masukkan ayam dan kentang. Boleh masukkan serbuk kari yang dicampur bersama air.
3) Masukkan bawang besar yang dicincang dan perasakan dengan garam dan gula. Tambah air jika perlu.
4) Kulit popia dikerat 2 bahagian dan dicantum dengan menggunakan gam tepung tadi..letakkan inti tadi..balutkan dan goreng

Resepi Puding Caramel Tanpa telur, tanpa kukus dan tanpa bakar

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula pasir (untuk dijadikan gula hangus)
1 peket agar-agar serbuk (10g)
4 cawan air
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

1) Taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak hingga keperangan. Kemudian goyangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata di sekeliling loyang. Ketepikan.
2) Kemudian, dalam bekas lain, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanila. Kacau hingga tidak berketul.
3) Masukkan pula agar-agar serbuk, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran no. 2 tadi. Lepas tu masak atas dapur.
4) Kacau sehingga bahan-bahan masak dan mendidih. Kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus.
5) Bila dah sejuk sikit, masukkan ke dalam peti ais. Lebih kurang 2 hingga 3 jam.
6) Bila dah sejuk, letak dalam bekas secara terbalik. Taraaaaa….gula hangus dah dekat atas. Cun je.


SIMPAN SINI DULU...
NANTI BUAT BARU UPDATE GAMBAR

Friday, 3 April 2020

Resepi Puding Jagung Kastard Semanis cintaku


RESEPI PUDING JAGUNG KASTARD
BAHAN-BAHAN
1 pek tepung kastard (300g)
1 liter air
1 cawan gula halus(cukup manis)
1 tin susu cair
1 tin jagung (creamy)
2 sudu mentega
Garam sedikit

CARA-CARA
1) Bancuh tepung kastard dan air. kacau hingga larut dan tambahkan sedikit garam.
2) Tuangkan susu cair, gula dan 1 tin jagung.. Kemudian masak secara api perlahan. Kacau rata hingga menjadi likat dan pekat.  
3) Tutup kan api dan tuangkan ke dalam bekas.. Biarkan sedikit sejuk kemudian letakkan dalam peti ais.. 

Thursday, 2 April 2020

Resepi Nasi Ayam dan ayam goreng madu MCO

Hari ni hari ke-17 Restricted Movement Order (RMO). So hari pepagi iolls da keluarkan ayam wings yang beli semalam 5ketul sebab husband request nak ayam goreng madu..

hah...close up sikit...ni tengah hari tadi masak...
Dalam mangkuk besar tu nasi goreng sebab semalam hubby masak nasi sampai 3 pot..jadi goreng je nasi tu.

So..here nak share resepi yang aku olah sendiri

Bahan-bahan dan cara-cara dibawahnya

Ayam (direbus)
Bahan-bahan
Ayam 10 ketul 
Serai 2 btg (dititik)
Bawang putih 2 ulas (dititik)
Halia 2inci (dihiris)
Kiub pati ayam 1pcs
Garam

Cara-cara 
1) Rebuskan ayam dengan air secukupnya sebab nak masak nasi nanti pakai air rebusan ni
2) Sudah mendidih, boleh masukkan bahan2 lain tu dan garam. Bila dah masak ayam tu, boleh padam api dan tapis ayam.

Nasi ayam
Bahan-bahan
Beras 3 cawan (dicuci)
Air rebusan ayam 4 cawan
Butter 2 sudu
Rempah 3 sekawan
Serai 2 btg
Bawang kecil 3 ulas
Bawang putih 3 ulas
Daun pandan 2 helai
Kunyit serbuk sedikit
Garam 

Cara- cara 
1) Panaskan butter, masukkan 3 sekawang dan semua bahan2 tu. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
2) Beras tadi boleh dimasukkan dalam rice cooker , tambahkan air rebusan tadi dan bahan yang sudah ditumis. Tambahkan sedikit kunyit untuk pewarna dan tambahkan garam secukupnya.

Ayam Goreng Madu
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (yang sudah direbus)
3 sudu kicap manis pekat
3 sudu madu
1 sudu makan sos tiram

Bahan kisar:
2 cm kunyit
2 cm halia
3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kering
2 btg serai (dihiris halus)
2 sudu madu

Cara-cara
1) Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis,madu, sos tiram dan sedikit garam selama 1 jam.
2) Goreng sehingga ayam masak/keperangan.
3) Toskan. Gaulkan sekali lagi bersama madu. Sedia untuk dimakan

Sos Cili
Bahan-bahan
2 sudu cili kering
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi merah
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu air limau
Garam
Gula
Air rebusan ayam secukupnya

Cara-cara 
Blendkan semua bahan diblend dan masak atas api perlahan sehingga pekat.

Sos kicap Pedas
Bahan-bahan
Lebihan Air perapan ayam 
Kicap pekat manis secukupnya
2 ulas bawang putih
5 Cili padi
Garam
Gula

Cara-cara
Blendkan semua bahan di atas dan masakkan di atas api perlahan sehingga pekat

Hidangkan semuanya bersama 
Sayur ulam yang dihiris
Salad
Timun
Tomato

Sup Ayam
Bahan-bahan
Air rebusan ayam
Sup bunjut
Garam
Serbuk sup 
Lobak yang dipotong dadu.

Cara-cara
Didihkan air rebusan tadi, masukkan lobak, sup bunjut dan rempah sup. Perasakan dengan garam dan siap.

Wednesday, 1 April 2020

Resepi Air Asam asal jadi dan sedap


Tu dia...
Ada nampak iolls punya Air Asam dalam mangkuk 4 segi tu ka..???

Hari ni 1 April 2020, hari ke 15 i duduk rumah disebabkan still PKP @ RMO yang PM kita extend sampai 14 April 2020 sebab berlaku peningkatan pada jumlah mereka yang dijangkiti Covid-19..

Semalam dah gaji..but sadly iolls punya incentive tak masuk..hurmm..adakah incentive iolls dipotong..tak sure lak..kalau dipotong memang bengang la rasa..hah la..even govt dah announce yg loan semua ditangguhkan pembayaran selama 6bulan & ptptn juga..tapi tu duit i kan..takpe la..back to office later i'll ask jack regarding this matter. Okay back to what i sebenarnya nak write.

So, sempena hari ke 15 ni memang i jadi full housewife. I pun memang dah buat pelbagai tugas sebagai housewife  iaitu memasak, basuh baju, jemur baju, kemas rumah dan uruskan Aairis Zuleykha my only princess.

Menu hari ni just simple2 je.
Daging goreng kunyit
Air asam
Ulam timun
Mangga hat semalam laki beli 

So nak parking resepi yg i olah dari beberapa resepi dari Azie kitchen dan satu lagi lupa. Alhamdulillah menjadi sebab cik suami cakap sedapkan.

Bahan-bahan
A - Bahan kisar
Asam jawa extra 2 tsp 
Air suam separuh cawan
Cili padi merah 5 biji
Cili padi hijau 5 biji
Belacan bakar 1/2 inci
Bawang putih 2 biji
Bawang kecil 3biji

B - Bahan racik halus
Tomato 1 biji (potong dadu)
Bawang besar 1 biji (potong dadu)
Cili padi hijau 2 biji (kasi warna)
Ajinomoto secubit
Air limau
Sos cili secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara
1) Campurkan bahan A dan bahan B
2) Adjust rasa bagi cukup masam dan lebihkan manis sikit.