Tuesday, 20 September 2022

Cucuk Depo 2nd Time


Hari tu 19/09/2022 mama ambil cucuk depo untuk kali kedua.


Alhamdulillah so far okay tak sesakit yang mula-mula dulu

Actually macam ragu-ragu nak teruskan since period mama macam tak stabil.

tapi decide teruskan sebab takut termengandung cause mama belum ready nak tambah anak.




Saturday, 10 September 2022

Pizza Homemade pakai Wrap je😎

Anak nak makan pizza, so sebab ada wrap lebih hari tu ngan sos spagetti
Maka terhasil la pizza homemade version tak pedas

Sy refer resepi dari channel Limau Nipis

Bahan-bahan
2keping wrap
Sos spagetti/sos tomato/bbq 
Bawang merah 
Sosej
Daging burger
Blackpepper
Whitepepper
2biji telur
Garam sikit
Cheese
Mayonaise

Cara-cara
1) Masukkan sekeping wrap dalam pan. Letak 2biji telur. Taburkan blackpepper dan pecah kan sikit kuning telur pakai garfu
2) Lepas dah masak sikit letak sekeping wrap dan flip kan yg bawah tu

3) Sambil tadi boleh siapkan inti topping. Goreng bawang merah, sosej, daging burger hingga sedikit layu. Kemudian masukkan sos spagetti, blackpepper, whitepepper dan garam sedikit.
4) Lepas flip roti wrap tadi, terus letak inti topping atas wrap dan letakkan cheese, tutupkan pizza sekejap..biarkan 5 minit dengan api slow. Dah siap boleh letak mayonaise dan boleh makan.

Tuesday, 23 August 2022

Cucuk Depo Experience


Saje nak sharing pengalaman cucuk depo. 

So, since 25.06.2022 aku ambil perancang depo sebab nak control takut mengandung. 

Mama belum ready nak tambah anak. Adik Aneesa baru masuk setahun. So lepas dapat persetujuan abah, finally mama decide ambil depo dekat Klinik Siti. Memandangkan medical boleh claim and mama pun risau kalau ambil pil takut termiss out. 

So lepas cucuk, so far effect pada badan yang paling ketara adalah period. 
Bulan Julai period tu datang lama sangat for mama. Biasa 6-7 hari dah clear. Ini sampai 14hari betul-betul clear and boleh mandi wajib. Okay lah. tu one thing. The things is tiba-tiba selepas 2minggu bersih terus datang period balik. Quantity darah lak sedikit-sedikit. Pakai Pantiliner pun okay. Tak payah pakai pad kena tukar setiap 4-5 jam. So now still period and dah hari ke 7 pun. Darah still sikit-sikit. 

Hari tu ada cakap ngan abah. Dia pun terkejut lepas bersih 2minggu dah period balik. Betul tak stabilkan. So mama cakap tengok lepas 3-4 bulan macam mana. Kalau still tak stabil abah pun suruh tukar perancang. Dia pun risau cucuk depo ni effect badan mama since mama baru tahu cucuk depo ni boleh menyebabkan Osteoporosis.

So effectively, cuma ambil untuk ambil 2 tahun sahaja. lepas 2tahun kena tukar method.
and tak perlu risau kalau kesan depo ni lama pada badan. sebab ada baca 13-14minggu kesan depo still ada pada badan and mama tak boleh hamil. Kawan kata ada boleh makan ubat stabilkan hormone beli dekat farmasi. so hope okaylah kan 

Sunday, 26 June 2022

Aqiqah Aairis & Aneesa

Finally terlepas hajat mama abah nak buat aqiqah anak2. Selesai dah benda yg duk tangguh aje..

Actually kita nak buat aqiqah mekah tu..murah sikit..
Tapi dah alang2 syafiq nak buat untuk syah. Ngan buat majlis kecik untuk dia ngan kak hajar sebab ritu majlis kahwin tak dan buat.. so dapat la tumpang

So mama ingat nak share ngan abah RM500×2 orang bahagian lembu.
Tapi abah kata takpe dia bayar itu..
So okay la..
Mama spend duit kat homestay sebab kita booking rumah full house noja berpantang..takde kosong.
So mama bayar homestay
Dengan doorgift popcorn sikit.


Jadilah kan..
Alhamdulillah selesai..


Monday, 30 May 2022

Mula kerja di company baru😁

So since 11 May 2022 aku dah start keje kat tempat baru...what can i see banyak benefit sebab 

- sekali sabtu je kerja and tu pun half day
- masuk 8:30am balik 5pm
- pergi je jammed, balik okay before 5:30pm sampai subang.
- no punchcard. So tak rush
- boleh pakai baju apa2
- company provide makan/minum untuk office
- pastu kedai makan/bank/speedmart/stationery semua kat bawah ni je..
- parking pun provide sticker


Yg tak best 2 je
1- sebab datang awal, semua pintu kena buka sendiri
2- tiba2 tadi dorang cakap dah 2 tahun takde increment..huhu..masuk sini baru tahu


Tapi takpela..compare ngan super sini much better..
We will see how far can me stay here..

Pastu semalam dapat mesej ada online exam untuk jawatan tenaga pengajar mara. Doakan iolls berjaya la..
Mana tahu rezeki kat situ dapat stay gomen..
🥰🥰

RM0.00 MARA: Anda perlu mengambil Ujian Online Penilaian Peg.Perkhid.Pendidikan Gred DG41 pada 3 Jun 2022 (9.00 -10.00 Pagi). http://online05.mara.gov.my/macct/


Wish me luck🥰