Sunday, 16 February 2020

Coretan 22 December 2019 (KISAH LAHIRNYA AAIRIS ZULEYKHA)


Alhamdulillah date 17 Disember 2019 lahirnya zuriat mama yg mama kandungkan selama 39weeks 4days pada pukul 9.29am secara normal..

Pagi sabtu tu dah turun tanda darah+lendir. So mama dah bagitau papa. 
Masa tu papa kat Shah alam. Papa baru nak gi kerja pagi sabtu tu. 
So, papa tak jadi pergi kerja..papa bersiap nak balik melaka.

Mama pergi hosp jasin naik kereta. Atuk lak follow naik motor.
Mama kat sana kena buat ujian air kencing, buat ctg dan check bukaan. Pastu doc sana terus suruh refer hosp melaka sbab hosp situ tak ambil bersalin anak first dan berisiko. Mama tunggu papa sampai dalam 11.15 mcm tu..pastu terus gi hosp. 
Sampai sana mama ajak papa makan dulu. Dalam 12 lebih camtu baru mama pergi bhgn dewan bersalin. 

Kat situ, mama kena buat ctg lebih kurang pukul 1. Tapi anak mama ni aktif sangat. Da la tu..duk gerak2 sampaikan doc training tak dapat bacaan jantung yg cantik..lama.ramai doc training duk berlonggok dekat tempat mama sebab nak dapatkan bacaan graf yg cantik...mama kena buat sampai 5.30 camtu baru settle. Tu pun lepas doc senior datang check bukaan dia cakap dah sampai 3cm. Tu pun dalam masa tu, 3x kena seluk check bukaan.

Then pukul 8pm macam tu baru doc ada nak scan baby. Dia cakap baby aktif sebab air ketuban banyak. Jadi dia aktif bergerak. Lepas tu pkul 9 kena buat ctg lagi. Time tu contraction dah rasa 15minit sekali rasanya..still sama bacaan tak cantik. Tapi doc senior tu check dia cakap sama..still 3cm. kalau 4cm boleh tolak LR. So dia bagi ubat tahan sakit cucuk kat bontot. 

Pastu nurse bagi rehat kat katil dalam tu. Masa tu..start 11 lebih tu hingga ke pukul 3am. Contraction makin kerap2 sehingga dah rasa 5minit sekali..nak tido memang tak dapat sebab sakit sangat. Pukul 3 lebih dah tak tahan. Tak boleh tido dah. Terus keluar duduk kat kerusi luar tu. Pastus sister yg cucuk ubat tahan sakit tadi lalu dia tanya napa tak tido. Bukan tadi tido. Mama cakap mama tak tahan da..sakit sangat.. mama minta dia check bukaan.pastu dia kata ok dia surub baring kt tempat buat ctg. Sekali dia masuk jari..pap..air ketuban mama pecah. Banyak lak tu..macam banjir. Dia cakap bukaan dah 5cm ni..terus suruh tolak LR. 

Pukul 5 lebih baru papa dapat masuk LR. Mama dah lega papa ada teman mama menahan sakit. Allah..sakit tu..Allah je tahu...contraction tu dah macam seminit sekali...nak nangis rasa..papa suruh bertenang & papa bacakan surah2 kat telinga mama..mama dah macam orang hilang waras kot...masa tu dapat zikir je bagi mudah. Ayat ke surah memang tak ingat nak baca.. sampai panggil doc minta nak buat ceaser la, minta epidural la. Tapi dorang tak bagi. Dorang cakap dah lambat. Lagi pun mama dah menahan sakit da lama takkan nak sia2 kan. Pastu minta dorang check sebab tak tahan rasa nak beranak. Sekali baru 6cm. Doc bagi mama hidu gas pelali bagi redakan sakit contraction tu masa sakit tu datang. 

Tapi macam takda fungsi je gas tu. Mama asyik suruh papa panggil doc cakap mama nak meneran..dah tak tahan sangat.  Dorang datang tapi suruh tahan jangan teran..sebab bukaan kecik lagi. Nanti koyak. Mama tahan lagi..nak nangis rasa. Pastu ada sister tu datang check bukaan sebab tengok mama dah tak tahan sakit. Pastu dia cakap okay.. kita cuba

No comments: