Friday, 4 June 2021

Resepi Laksa

Resepi laksa yang gerenti sedap memikat


Resepi laksa

Bahan-bahan
Mee laksa (rebus lembut)
Ikan kembung - 1kg (rebus dan asingkan isi dan tulang)
Asam keping - 2kpg
Cili blend - 3sudu
Lada merah - 2biji (dikisar)
Bawang merah - 1.5 biji (dikisar)
Daun kesum
Bunga kantan
Sedikit belacan (option)

Bahan-bahan lain
Bawang merah (dihiris)
Salad (dihiris)
Timun (dihiris)
Cili padi (dihiris)
Limau kasturi
Telur rebus

Cara-cara
1) Rebus ikan kembung hingga lembut. Asingkan isi dan tulang dan dikisar secara berasingan menggunakan air rebusan ikan. Tulang yang dikisar harus ditapis dan diambil airnya sahaja.
2) Tumiskan bawang merah, cili merah dan cili blend dengan sedikit minyak. Apabila sudah naik bau masukkan semua air rebusan ikan. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan. 
3) Biarkan mendidih dan boleh masukkan isi ikan yang sudah dikisar hancur bersama asam keping. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika mahu. Boleh tambah air ikut kepekatan yang kita suka.
4) Mee laksa direbus bersama sedikit minyak sampai kembang dan ditapis dan dilalu air biasa. Ini bagi mengelakkan mee melekat. 
5) Laksa sedia dimakan bersama bahan2 lain.

No comments: