Wednesday, 11 August 2021

Aneesa Zakhyra adik Aairis Zuleykha

Alhamdulillah...hari ni dah hari ke-12 berpantang.

Baru berpeluang nak tulis kisah kelahiran puteri kedua kami yg diberi nama Aneesa Zakhyra Binti Mohamad Zabidi😍

Aneesa sepatutnya lahir 17 Ogos 2021. Tapi dia nak sangat keluar awal. 1 Ogos 2021,  12.56pm tengah hari lahirlah zuriat mama dengan berat 3.15kg secara normal delivery. Alhamdulillah

Alhamdulillah selesai dah penat mengandung 9bulan dan sakit bersalin😊.. Mungkin sebab mama dah penat sgt..so adik pun keluar awal..atau mungkin sebab mama too active jaga Aairis Zuleykha selama 2 bulan,  so adik pon nak cepat2 keluar..😊


So here,  sedikit nukilan kronologi kelahiran puteri kedua mama......


πŸ’ž31 July 2021πŸ’ž
13:00pm (Sabtu)
Konon datang Hospital dengan harapan tak kena tahan ward since baru 37weeks 4days.. Tapi sebab dah keluar tanda darah+air ketuban leaking sikit,  pergilah check hospital. Sekali doctor check dah 2cm bukaan dan doctor tahan terus cakap kalau malam tak bersalin,  pukul 2:00 am masuk ubat kena bersalin..and sis pon redha..sebab macam belum ready nak meneran. Dah mengalir air mata cakap kat suami sebab takut nak bersalin. Yela..sebab dah pernah rasa sekali dia jadi takutlah..kalau tak rasa boleh relax. Ni dah rasa seksa nak layan contraction,  meneran lagi..jadi takut gila..

Hantar anak mama kt rumah pengasuh. Pastu kena berjauhan 3hari..Rindu anak mama❤
Kena pasang jarum dah...tak suka..sakit..selain tu sebelum gi Dewan bersalin kena buat swab test. Procedure time covid ni

Tukar kain batik dulu,  nak kena check bukaan yg dah 2cm tu.
Okay, lengkap dah uniform nak berperang.
Boleh rest dalam bilik menunggu untuk CTG.
Muka masa ni baru nak ada contraction balik..padahal petang dah rasa. Pastu dia hilang lak sakitnya.


πŸ’ž01 August 2021πŸ’ž
02:00am (Ahad)
Masuk ubat, pukul 05:00 buat CTG. 

06:00am
Masuk lagi ubat. Contraction dah rasa kerap dah sejak pukul 5. Tapi lepas masuk ubat pukul 6 memang dah rasa 10minit sekali. Okay la,  makan roti isi perut dulu bagitau suami suruh datang hospital kot nak bersalin dah.

10:00am
Masuk ubat lagi,  check ctg dah tak boleh tahan dah sakit,  contraction 5minit sekali,  pastu 3minit sekali..minta juga doctor check bukaan. Then dia cakap dah 5cm. Terus call suami suruh tunggu kat dewan bersalin. 

11:00am
Terus masuk labour room. Doctor pecahkan air ketuban. Mulalah kesakitan yang betul2..dari 5cm nak tunggu ke 10cm. 

12.30am
Cakap kat doctor rasa nak meneran. Dia check bukaan dah 8cm. Pastu dia cakap boleh cuba teran. Kalau anak tak mau keluar dia bagi masa lagi. Punyalah taknak layan contraction dah,  cakap dalam hati aku kena teran bagi keluar gak..sebab sakit dia..Allah je tahu..

12.56pm
Alhamdulillah keluarlah zuriat kedua kami. Segala sakit penat terus hilang. Tapi belum nak hilang sangat bila kena jahit hidup2 tanpa bius. Betul2 terasa ngilu sakit tu kena jahit.


13:55pm Sejam selepas dilahirkan. Abah dah sudah azankan Aneesa. 

14:10pm Auww...comelnya baby mama

14:48pm Tembamnya adik.😍



❤❤Pregnancy kali ni memang lain dengan first. Bila 16weeks dah sangkut GDM tapi nasib baik diet control je.. Tapi rasa kuat la,  dengan nak urus aairis. Mungkin sebab lasak sangat urus aairis,  adik baby nak keluar awal kot 37weeks 5days.. Alhamdulillah dah selesai..lain2 pengalaman. Next tunggu la habis covid lagi 3, 4 tahun ke..bagi anak2 membesar duluπŸ˜πŸ’•



No comments: