RESEPI SOTO AYAM SEDAP
diolah dari pelbagai resepi
KUAH SOTO AYAM
Bahan-bahan:
Bahan untuk rempah tumis kuah soto:
3 biji bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum cengkih
6 biji buah pelaga
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 sudu serbuk sup Adabi
2 sudu serbuk kurma Adabi
1 sudu besar serbuk lada putih/lada sulah
akar daun sup
1 kiub pati ayam
Bahan untuk dikisar halus:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 ketul kunyit hidup/serbuk kunyit
Bahan untuk kuah :
1/2 senduk minyak masak
1 ekor ayam saiz sederhana kecil, potong 4
1 mangkuk santan pekat
1 jug air
Bahan untuk dihidangkan soto ayam:
3-4 bungkus nasi impit, rebus sehingga masak dan potong dadu besar
500 gram taugeh, bersihkan dan potong bahagian akar
bawang goreng
suhun, goreng hingga garing
isi ayam goreng dari sup, dicarik halus
daun sup, hiris kecil
daun bawang, hiris kecil
cili merah, hiris nipis
kacang tanah, goreng dalam minyak
begedil kentang
BAHAN BEGEDIL KENTANG
5-6 biji ubi kentang – buang kulit, potong kecil & goreng
Bawang besar - cincang
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Lada sulah secukupnya
Gula sedikit
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
1 biji telur
Sambal Kicap Soto Kak Yatie:
Segenggam cili padi - digoreng
1 biji bawang besar - digoreng
5 ulas bawang putih - digoreng
Bawang goreng
Kicap cair
Gula
Garam
Air limau
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau dan masak rempah sehingga garing.
Masukkan ayam dan kacau selama 1-2 minit. Masukkan air, kiub ayam dan rebus sup sehingga mendidih seketika.
Masukkan pula santan pekat dan masak sehingga ayam lembut dan empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. Sejukkan dan carik isi ayam.
Hidangkan dengan cara masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. Tuang kuah secukupnya. Soto harus dimakan bersama cili kicap.
Cara untuk cili kicap:
Goreng cili dan bawang putih di dalam minyak sehingga lembut dan angkat.
Dalam pengisar, masukkan cili dan bawang putih goreng tadi dan kisar sehingga halus.
Tuang ke dalam mangkuk dan perah jus limau kasturi. Kacau sebati.
I will immortalize all the sweet and bitter, sweet and bitter stories in the virtual world that will be remembered until the end of life..
Monday, 29 May 2023
RESEPI SOTO AYAM SEDAP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment