Senarai 7 Barang Keperluan Anak Wajib Bawa
Berikut merupakan senarai 7 barang keperluan yang wajib dibawa sekiranya anda keluar berdua dengan anak kecil agar tiada barangan penting yang tertinggal kelak.
1. ‘Diaper’
‘Diaper’ atau lebih dikenali dengan nama ‘pampers’ sebagai panggilan untuk lampin adalah perkara paling utama perlu dibawa apabila keluar bersama anak kecil.
Tidak kira sama ada anda memilih lampin pakai buang (disposable diaper) atau lampin kain (cloth diaper), pastikan ianya sentiasa dibawa ke mana sahaja anda pergi. Apabila tiba masa untuk ditukar, anda tidak perlu lagi membeli ‘pampers’ baru atau memecut laju pulang kerana ingin menyalin ‘pampers’ anak kecil.
Melainkan sekiranya anak anda tidak lagi memakai ‘pampers’ (diaper free), maka ianya bukan lagi keperluan yang perlu dibawa bersama.

Foto Kredit : strollertraffic.com
2. Napkin / Tuala
Napkin atau tuala diperlukan apabila anda ingin mengelap badan anak kecil selepas menukar lampin atau selepas mandi.
Sekiranya anak anda mempunyai saiz badan yang agak kecil, membawa napkin sudah memadai. Tetapi sekiranya saiz napkin tidak dapat memenuhi keperluan saiz badan anak anda, anda perlu membawa tuala untuk mereka.

Foto Kredit : es.aliexpress.com
3. Pakaian ‘Extra’
Usah diabaikan pakaian ‘extra’ ini ya. Ianya tetap perlu dibawa bagi memastikan keselesaan anak kecil sepanjang masa walaupun hati kecil anda merasakan bahawa ianya adalah tidak perlu.
Seandainya secara tiba-tiba atau secara tidak sengaja pakaian anak anda kotor, anda tidak perlu risau kerana anda telah bersiap sedia membawa pakaian lebih untuk dipakai oleh mereka. Atau mungkin anda perlu keluar sehingga waktu malam tanpa dirancang, anda juga perlu memandikan dan menyalin pakaian mereka kelak dengan pakaian ‘extra’ yang dibawa itu.

Foto Kredit: nova24tv.si
4. Sapu Tangan / Tisu
Mungkin pada ketika anda keluar bersama anak kecil, anak anda dalam keadaan sihat, tidak selsema dan bersih. Tetapi, siapa tahu, mungkin dalam perjalanan anak tiba-tiba diserang selsema atau menangis sehingga berhingus. Maka, sapu tangan atau tisu yang dibawa ini dapat membantu anda mengelap hidung mereka.
Selain itu, sapu tangan atau tisu ini juga merupakan penyelamat apabila anda ingin mengelap bahagian badan anak kecil yang comot semasa makan bersama anda kelak.
Bayangkan, sekiranya anda tidak membawa sapu tangan atau tisu, adakah anda rela untuk menjadikan baju anda atau baju anak kecil sebagai pengganti sapu tangan atau tisu itu?








