Hari ni rajin sikit nak menulis...
So, hari ni hari ke-8 Restricted Movement Control sebab virus Covid-19 ni...
Jadi nak masak koew teow..
So scroll tanya encik google semua koew teow selain menggoreng apa je boleh dibuat..
And finally dapat la resepi koew teow kungfu..
Tiba2 terimbas kenangan makan koew teow kungfu kat shafaz dulu masa study degree kat unimap...
So
Here is the resepi yg aku olah..
Follow resepi sapa tak ingat dah..
Bahan-bahan
Koew teow
Kicap (aku pakai kicap jalen sebab takde kicap pekat)
Telur 2biji
Lada sulah
Kuah
Isi ayam
Bawang putih 4ulas dicincang halus
Fishball
Fishcake
Lobak
Sawi
Kacang panjang
Baby corn
Kubis bunga
Tomato
Cili padi
Sos tiram (4sudu)
Gula (1 sudu)
Garam secukup rasa
Aji sedikit
Air Tepung jagung (2sudu)
Cara-cara
1. Koew teow asingkan ikut bape bahagian digaul dengan kicap. Masukkan sedikit lada sulah dalam telur tadi...dan kacau. Pastu telur dicampur dalam koew teow dan digoreng dalam minyak banyak.
2. Untuk kuah pulak. Tumiskan bawang putih dalam minyak panas. Selepas tu masukkan sos tiram dan isi ayam. Kacau sehingga ayam masak. Masukkan fishball dan fishcake dan tambah air biar mendidih.
3. Selepas mendidih, masukkan sayur2 lobak, kacang panjang, baby corn dan kubis bunga. Biar layu.
4. Masukkan air tepung jagung tadi fan kacau bagi pekat.
5. Seterusnya, masukkan cili padi dan sawi. Biar sekejap dan boleh perasakan dengan gula, garam dan aji.
6. Akhir sekali, masukkan sawi dan tomato..biar sekejap dan boleh padam pi
7. Curahkan kuah di atas koew teow yg digoreng tadi dan sedia untuk dimakan