Tuesday, 16 June 2020

Aairis Lactation Journey (Part 4)

Aairis 7 months 
(mama lak kena bengkak susu)


Hari kedua kena bengkak susu..
Sekarang dah adjust masa pam..kat office pam sekali je...balik kerja susukan aairis pastu pukul 7lebih ke 8 mesti pam..

Terkena isnin hari tu lambat pam..dekat pukul 11 pam..
Esoknya..tengah hari tu dah noticed macam ada bengkak..tapi lepas macam hilang...sekali balik petang tu ada..

Then cepat2 bagi Aairis susu..tapi tak hilang..pukul 8 camtu, pam dulu...pastu letak kubis..

Pagi ni still ada...duk tuam pam tuam pam ni...harap hari ni hilang la...nak balik kampung malam esok ni😭😭😭

Monday, 15 June 2020

Cara menghilangkan bau badan (petua nenek kita)


Untuk mengelakkan diri anda daripada masalah badan berbau, disini aku kongsikan petua dan cara mengatasinya, anda bolahlah amalkan petua seperti berikut:
  • Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, selepas itu rebus sehingga mendidih. Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandilah dengan air tersebut setiap pagi dan petang selama seminggu.
  • Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan dibasuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas anda mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang.
  • Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi dan selepas itu dibelah dua. Sebelum mandi, sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti ketiak. Biarkan 5 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. Insyaallah bau badan akan hilang.
  • Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.
  • Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.
  • Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini tiga kali seminggu.
  • Selepas mandi, gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.
  • Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.
  • Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
  • Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
  • Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.

Monday, 8 June 2020

Bubur beras perang (Copy paste)

Ok, jom belajar step by step cara nak rendam beras

1. Sebelum rendam, sy basuh dulu beras sampai bersih macam masa kita nak masak nasi tu macam gambar dekat atas tu. Sy start rendam masa nak pergi kerja awal pagi dalam 6.30 pagi. Masa rendam tu squeeze sikit lemon dalam periuk. Letak tapis dekat atas periuk takot2 nanti serangga masuk pulak. Ikutkan kena rendam 24 jam tapi sy pilih untuk rendam 12 jam sahaja. Bila dah balik kerja nanti sy akan basuh balik bersih2. 

2. Sy akan sangai beras tu dalam kuali. Goreng tanpa minyak sampai kering beras yg baru lepas basuh tadi. 

3. Lepas dah sangai, sy akan kisar dalam blender kering sampai jadi halus. Masuk kan dlm bekas kedap udara. Kenapa kisar? Untuk pastikan cepat masak. 

So, nak buat bubur macam mana pula?
1. Masuk kan beras dalam periuk. Bubuh air dan masak macam biasa cara kita nak masak bubur. Sebenarnya ini adalah first time sy masak bubur. Hihi. So sy masak lah sampai agak2 beras tu kembang, lembut dan dah masak.
2. Sy masuk kan puree kurma frozen untuk pasti kan bubur nasi tu manis2 masa Aqil makan. Sebenarnya boleh buat 2 version. Ini adalah version pertama yg sy buat dulu which is sy campurkan kurma dalam bubur. Tapi version ke 2, sy buat bubur plain sahaja tanpa di campur apa2 sebab masa bagi Aqil makan, sy dah bagi puree buah atau sayur dan mesti ada 1 kiub kurma wajib untuk setiap per feeding. Pusing2 sama je cuma Version 2 akan lebih jimat dan lebih terjamin sikit ketahanan sebab tak di campur dengan apa2 bahan selain daripada beras. 
3. Bila bubur dah masak dan dah sejuk, masuk kan dalam blender dan blend sampai halus. Yg dalam gambar ni adalah bubur Version 2 yg mana sy tak campur dengan kurma atau puree yg lain. Sy masak bubur plain semata2. So nampak kan putih dia. 
4. Blend sampai halus macam  ni. Sy campurkan sedikit air masak dalam bubur ni masa nak blend, Sebab kalau tak tambah air, blender tak bergerak..hihi. If kita masuk kan air masak, at least baby pun tak adalah sembelit sangat.
5. Bila dah blender, sy masuk kan dalam bekas taufufa ni. Kira2 dalam 2 oz bekas ni. Tunggu sejuk, baru boleh tutup bekas dia dan masukkan dalam freezer untuk jadikan frozen. 
Rolled oat ni pun sy lakukan versi yg sama. Sy akan rendam dulu dan step by step dia adalah sama macam cara buat bubur nasi di atas. 
Rolled oat yg dah diblend. Sekali makan 2 oz tapi dia sangat padat. Kenyang betul bila Aqil makan. 
Selalu Aqil akan makan oat atau bubur nasi ni dengan pelbagai jenis puree. 
So far sy dah buat macam2 jenis puree. Keledek ungu dan carrot macam di atas ni. Sy masuk kan dalam bekas ice cube untuk frozen kan. Selalu sy akan bg 3 kiub + oat/bubur untuk sekali makan. 

Sunday, 31 May 2020

Resepi Ayam Masak Merah febret encik suami

Ayam Masak Merah

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam kunyit & goreng
2 biji bawang besar - hiris
3 batang serai - ketuk
5 sudu besar cili kisar
Sos tomato
Sos cili
Garam
Gula pasir
1 sudu Asam jawa extra 
Gula merah 
Sehelai daun pandan

Bahan kisar:
4 biji bawang besar saiz besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
1) Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan kisar sehingga wangi. 
2)Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili betul betul masak dan pecah minyak.
3) Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, garam dan gula. 
4) Masakkan sehingga mendidih dan kepekatan yang disukai. Tambahkan gula merah seimbangkan manis dan bagi sambal kita cantik berkilat.
5) Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris dan ayam yang telah digoreng. Campakkan daun pandan dalam sambal kita. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi minyak dan acar timun.

Thursday, 28 May 2020

Rendang Daging Raya Aidilfitri

Rendang Daging Sedap Giler

Bahan bahan
1 kg daging 
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu besar kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan  gula

Bahan A
8 ulas bawang merah - saya tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
2 sudu besar ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu besar jintan manis - sangai
1 sudu besar jintan putih - sangai

Cara cara:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.

Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. 

Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak.

Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.

Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya.

Tips.
1) Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama.
2) Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.
3) Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.
4) Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya.

Tuesday, 26 May 2020

Saturday, 16 May 2020

Resepi Chocolate Chips Cookies


Bahan-bahan
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
1/2 block buttercup
1 biji telur
1/2 tbs soda bicarbonate
1 sdk garam
1 sdk esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan chocolate chips

Cara-cara
1) Pukul gula perang, gula castor bersama butter hingga sedikit kembang.
2) Kemudian masukkan telur dan esen vanila.
3) Ayak tepung, garam dan soda bicarbonate.
4) Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi
5) Akhir sekali masukkan chocolate chip dab gaul rata.
6) Bentukkan di atas dulang dan bakar pada suhu 180° selama 15minit

Resepi Cornflakes madu


Bahan-bahan
1kotak cornflakes diramas sedikit
Papercup
5 tbs butter/mentega
5 tbs madu
1-2 tbs gula
Sprinkles/ceri

Cara-cara
1) Ramas sedikit cornflakes.
2) Cairkan butter, kemudian masukkan gula dan madu. Padam api
3) Gaulkan bersama cornflakes dalam bekas lain.
4) Masukkan dalam papercup dan boleh taburkan sprinkles
5) Bakar pada suhu 150° selama 10minit. Biarkan dia sejuk dan melekat sendiri

Resepi Popia nestum ranggup


Hi wassap guys...

Hari ni nak share resepi popia nestum by khairul aming..
Mencabar gak nak buat..
Tapi okay la..dapat juga buat..

Bahan-bahan
2 sudu tepung gandum (gam)
3 sudu air 

Kulit popia (belah 2 bahagian)
1 cawan nestum (diblend halus)
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula castor 

Cara-cara
1) Kulit popia digulung halus menggunqkan straw dan digam..lepas siap gunting dalam 1.5 cm dan digoreng sekejap
2) Gula, horlicks dan nestum dicampurkan dan di gaul bersama kulit popia tadi. So siap dan boleh dimakan.

Thursday, 30 April 2020

Resepi buah Melaka @ onde2

Diolah dari resepi che nom

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 5 helai daun pandan (diblender bersama 1 cawan air dan ditapis)
  • Gula melaka di potong kiub kecil
  • Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)

Cara-cara

  1. Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
  2. Air pandan dituang ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
  3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
  4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
  5. Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.
Boleh dapat lebih kurang 25biji sekali adunan.

Tuesday, 28 April 2020

Pizza Homemade first attempt

Semalam first attempt buat pizza...
Ami buat sebab ada lebihan sos spageti half tin kat dalam fridge lebihan buat pizza roti hari tu..

So, ami pun belajar kat utube cara membuat doh pizza..

Actually boleh tahan rumit nak buat..sebab ami kena adjust banyak kali tepung..

Puncanya, sebab ami silap tengok resepi kat utube..
Sepatutnya kena half cup air suam, tapi pi letak air suam.
So banyak kali la nak bagi tambah tepung..
Tapi tak pe..janji menjadi juga la...
So here is the recipe of pizza


Bahan-bahan

1/2 cawan air suam*
1 sudu yis (1/2 dari pek yis)*
1 sudu gula*
Campurkan bahan * biarkan dalam 10-15 minit bagi yis kembang. Kalau kembang tu cantik dah.

2 cawan tepung gandum
2 sudu mentega
1 sk garam
Minyak masak

Cara-cara
1) Gaulkan tepung gandum, mentega dan garam hingga sebati.
2) Kemudian masukkan air yis tadi. Gaul sebati menggunakan tangan. Boleh tambah tepung kalau adunan lembik sikit. Bagi nice je adunan doh. Tambahkan minyak masak kalau taknak doh melekat. Uli sampai doh tak melekat kat tangan
3) Rehatkan doh dalam bekas lain. Sapu minyak dulu dalam bekas tu, letak doh, doh tu pun sapukan minyak di sekeliling permukaandna tutup dengan dulang @ tuala basah. Biarkan 30 minit sampai doh kembang 2x ganda dari saiz asal. 
4) Kemudian, uli balik doh tu sekejap dan bagi 2 bahagian. Tabur tepung atas dulang. Lenyekkan adunan doh menggunakan penggelek tepung. Jadikan dia bulat dan cucuk-cucuk permukaan doh dengan garfu untuk buang angin dalam doh dan sapu minyak lagi supaya doh kita lembab.
5) Pastu letak la topping apa yang nak, macam ami letak sos spageti, bawang holland, carrot, cheddar cheese, sosej, sos blackpaper, serbuk blackpaper. 
6) Bakar selama 20-25 minit 180°. Rajin tengok..jangan doh kita hangit kat bawah, takut keras nanti.

Monday, 27 April 2020

Roti John Homemade superb (recipe by khairulaming)

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 4 Ramadhan..
Kejap je kan..

So memandangkan bazar takde..
Husband pulak nak makan Roti John..
Maka terjumpa di IG Khairulaming buat Roti John..
Alhamdulillah dah buat...menjadi..
Berbuka pekena 2 biji kenyang sampai malam..
Sampaikan nasi pon langsung tak berusik..
So buat sahur je la kan...
🤭🤭
buat sendiri sangat puas hati..isi banyak..

Ok..ni resepi dia..
Yang ni aku olah sebab tak ada daging cincang kan..so pakai daging burger ayam je..

Bahan-bahan
3 keping daging burger
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
4 biji bawang putih (dicincang halus)
4 sudu serbuk kari (dicampur air)
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
4 biji telur
Garam sedikit
1 sudu gula
6 ketul roti john
Mentega
Timun (dihiris)
Tomato (dihiris)
Kubis (dihiris)
Sos blackpaper
Sos cili
Mayonis

Cara
1) Tumiskan bawang holland dan bawang putih hingga layu. Kemudian masukkan air bancuhan serbuk kari tadi. Masak sehingga pecah minyak. 
2) Kemudian masukkan jintan manis dan jintan putih. Kacau sekejap dan masukkan daging burger yang dicincang halus. Tambahkan air sehingga daging tadi tenggelam. Masak sehingga empuk. Perasakan garam dan gula. Dah masak asing tepi.
3) Pecahkan telur tadi..kacau sekejap bagi sebati dan boleh masukkan daging kita tadi dalam telur
4) Roti disapu mentega. Kemudian panaskan kuali yang tak melekat. Panaskan sekejap roti. Keluarkan. Kemudian masukkan sedikit acuan telur dan daging tadi..agak2 sebesar roti john..biarkan sekejap sampai telur masak. Letakkan roti. Biar lagi 1 minit dan angkat.
5) Akhir sekali, bolehlah hiaskan dengan timun, tomato dan kobis bersama sos dan mayonis..lipatkan roti john tadi..sedia untuk dimakan.

Saturday, 25 April 2020

Prawn Buttermilk with floss so sheedaaap

Buttermilk Prawn with floss
Diambil dari blog Azie Kitchen



Sarang Telur:
Bahan-bahan

2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Cara-cara
1) Pukul ringan kuning telur. 
2) Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
3) Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 
4) Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 

 

Udang buttermilk

Bahan-bahan

24 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
4 tangkai cili padi (dihiris halus)
2 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
1 sudu margerin - untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa
1 sudu gula

Cara-cara
1) Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. 
2) Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
3) Panaskan margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 
4) Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa


Hidangkan

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann

Friday, 24 April 2020

Resepi Cucur Manis ranggup di luar lembut di dalam

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air mendidih
3 sudu besar gula
Secubit garam

Cara-cara
1) Gaul tepung gandum bersama gula dan garam
2) Masukkan air mendidih dan kacau dengan menggunakan senduk
3) Apabila doh sudah sejuk, sapu minyak pada tangan dan uli bulat2 ikut saiz yg kita mahu
4) Kemudian gorengkan dalam minyak panas dan api perlahan. Balik-balikkan dan sedia untuk dihidang.

Wednesday, 22 April 2020

Broccoli Masak Sos Tiram

Broccoli Masak Sos Tiram

Bahan-bahan
Broccoli secukupnya (dibasuh dan direndam air garam)
4 batang putik jagung (dihiris kasar)
1/4 batang carrot (dihiris)
1/4 bawang besar (dihiris)
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu sos ikan
1 sudu kecil blackpaper
Garam 
Gula
Sedikit Serbuk perasa

Cara-cara
1) Gorengkan bawang besar sehingga layu. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sos ikan, garam dan gula dan tambahkan sedikit air
2) Masukkan carrot dan putik jagung. Apabila mendidih masukkan broccoli dan taburkan blackpaper.
3) Biarkan selama lebih kurang 5 minit , kacau2 dan padam api. Jangan lama-lama supaya broccoli tak kecur dan kekal ranggup.

Daging masak Blackpaper pedas menyengat

Daging Masak Black Pepper 

Bahan bahan:
300 gram daging 
3 sudu besar sos lada hitam (diperap)
1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
Garam
1/2 biji bawang besar Holland (dihiris)
1 biji buah tomato (dibelah 4)
1 biji kentang (dipotong wedges)
1/4 biji carrot (dipotong wedges)
4 biji cili padi  (dihiris)
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu air limau
Sedikit garam
Gula

Bahan tumbuk kasar:
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
1) Perap daging dengan sos lada hitam dalam 30minit. Lagi lama..lagi sedap
2) Tumiskan bawang dan halia yg ditumbuk kasar hingga naik bau. Masukkan lada hitam. 
3) Kemudian, masukkan daging yang diperap tadi dan tambahkan air. Sambil tunggu daging lembut, boleh masukkan kentang dan carrot.
4) Apabila sudah empuk, masukkan cili padi, sos cili, sos tiram, dan air limau. Kacau rata dan masukkan air jagung tadi dan perasakan dengan garam dan gula
5) Apabila mendidih, padamkan api boleh masukkan tomato dan bawang holland..

Monday, 20 April 2020

Roti jala sedap tralala

Hari ni boleh terbau lak jiran buat kari macam kari kuah jala..perh...terus iolls teringin..so suruh hubby beli acuannya..

Malam kami laki bini menjala..
🤭🤭

nampak menarik tak...huhu..

Resepi Roti Jalan Tralalala

Bahan-bahan

Roti Jala
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air 
2 sudu minyak masak
1 biji telur
2 sudu santan pekat
1 sudu garam
Sedikit serbuk kunyit (pewarna)

Semua bahan di atas boleh la di blendkan..bagi sebati..

Kuah kari
3 biji kentang (dipotong dadu)
3 ketul Ayam isi (dipotong dadu)
1 biji bawang merah (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
2 tangkau Daun kari
2 sudu cili kisar
3 sudu serbuk kari dikacau bersama air
1 kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji pelaga
1/2 sudu Asam jawa
1/2 sudu Air limau 
1kotak kecil santan

Cara-cara
1) Tumiskan bawang merah, bawang putih dan rempah 3 sekawan. Bila sudah layu, masukkan daun kari dan kacau sebati dan masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
2) Kemudian masukkan  air serbuk kari tadi, masakkan hingga garing dan masukkan ayam dan kentang masak sehingga empuk. Tambahkan air supaya ayam lembut
3) Bila ayam dan kentang dah empuk, masukkan air asam jawa..Kacau rata
4) Akhir sekali masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula..sedia untuk dihidang.

Sunday, 19 April 2020

Resepi kek coklat padat dan gebu


Bahan-bahan

2 biji telur (Gred B)
2 cawan gula castor (kurangkan gula kalau taknak manis)
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan air suam + 3 sudu nescafe @ 1 cawan susu pekat

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula kastor hingga kembang
2. Ayak tepung gandum,serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder
3. Pukul susu cair, minyak dan esen vanila dalam bekas lain
4. Kemudian, selang seli masukkan step 1,2,3 dan air suam yang dicampur nescafe
5. Kacau dan kukus/bakar sejam

Topping: (double boiling)
1/4 cawan minyak masak
1/4 tin susu pekat
1/2 cawan koko

@ kalau pekat boleh tambah sedikit air panas 

Kacau2 atas api perlahan dah curahkan ke atas kek kukus yang sudah sejuk 



Siakap Sweet Sour cara saya

Hah..nampak enak tak???..ehek..
Ini la siakap sweet sour..
Dan snap gambar ni je..
Ikan dimandikan dengan kuah boleh lupa lak nak snap..sebab dah kelaparan sangat kan..

So..ini cara saya masak sweet sour..

Bahan-bahan
Siakap saiz sederhana (lagi manis)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
Seinci Halia (dihiris)
1/2 batang timun (dipotong dadu)
1/2 batang carrot (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 bawang holland (dihiris)
3 helai daun limau purut (dikoyak)
2 batang serai (dihiris)
3 biji cili padi (dicincang)
3 sudu cili kisar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
Air limau
3 sudu gula
Garam


Cara-cara
1) Ikan siakap digoreng garing bersama kunyit dan garam
2) Panaskan minyak, dah tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan serai sehingga naik bau. Kemudian boleh masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. 
3) Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan dan sos tiram dan sedikit air. Kacau2 sebati dan masukkan air limau dan gula garam. 
4) Apabila sudah mendidih, masukkan carrot, timun, tomato, cili padi dan daun limau.
5) Kacau sebati, apabila mendidih boleh padamkan api. Nak makan boleh curahkan kuah atas ikan..makan panas2.

Aairis 5 months (17.04.2020)


Alhamdulillah..
17.04.2020 anak mama dah genap 5 bulan..kejapnya...
Aairis pon dah makin bijak...
Banyak akal..
Sekarang nak orang pegang je..
Nak duduk macam orang besar..

21.04.2020 ni nak kena inject 5 bulan..
Semoga Allah permudahkan..
Aamiin